Kudapan Tradisional Melayu
Wednesday, 3 August 2011
10 perkataan dari blog ini.
Tabur: Padi yang ditanam tidak dengan teratur/ dicampakkan atau diselerakka sahaja benihnya.
Kupas: Membuang atau mengopak kulit (buah-buahan).
Menggiling: Mengahancurkan atau melumatkan dengan batu giling.
Inti: Isi yang terdapat dalam kuih
Sebati: Seguai atau mesra, bersatu padu(sehingga sukar memisahkan atau mengasingkannya)
Adunan: Tepung yang telah dicampurkan untuk membuat kuih.
Celup: Tiruan, palsu, tidak asli.
Ratau: Daerah, Negeri tempat.
Keturunan: Sesuatu yang diturunkan daripada seseorang dalam keluarga.
Sejarah: Pengatahuan mengenai peristiwa- peristiwa yang telah lalu.
Aisha G7.
Kuih Bahulu
"Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil, dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak.Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai 'Crusty Muffin' oleh orang inggeris. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia."
Diambil dari:
Source
RESIPI UNTUK KUIH BAHULU
Bahan-bahan:
- 1 mangkuk telur ayam
- 1 mangkuk gula pasir
- 1/2 kilogram tepung gandum
- Sedikit minyak.
Cara menyediakan:
- Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
- Campurkan Ayak tepung dan baking powder ke dalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
- Isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat sebelum bakar bahulu . Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
- Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
- Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Inilah untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
- Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven tapi jangan terlalu lama, agak-agak hangat.
- Bakar pada suhu bakar 200C sehingga bahulu kekuningan.
Aisha G7
Sunday, 31 July 2011
Kuih Lapis
Kuih Lapis ialah kuih yang dimasak lapisan demi lapisan. Kuih ini tidak seperti kek-kek dan kuih-kuih biasa kerana ia dikukus dan bukan dibakar. Kuih ini lembut dan boleh didapati dalam beberapa warna dan rasa.
RESIPI UNTUK KUIH LAPIS
Bahan-bahan A
- 340G tepung beras
- 225G tepung Sago
- 1/4 sudu teh garam
- 855ML susu kelapa
Bahan-bahan B
- 425ML air
- 450G gula
- 8 daun pandan
- Pewarna makanan merah
Cara membuat Kuih Lapis
- Mencampur bahan-bahan A dalam bekas. Ketepikan untuk diguna nanti.
- Mendidihkan bahan-bahan B hingga campuran itu seperti sirap.
- Meninggalkan sirap itu untuk menebal dan menapis.
- Menuang sirap itu dalam campuran tepung dan mengacau hingga sebati
- Membahagikan campuran itu dalam dua bahagian dan mencampurkan pewarna makanan dalam satu bahagian.
- Gris bekas segi empat.
- Meletak bekas itu dalam pengukus dan menuang 140ML campuran yang tiada warna dalam bekas itu.
- Mengukus satu lapisan untuk 6-8 minit.
- Mengikut cara-cara itu dengan campuran yang ada warna sampai campuran itu habis.
Kuih Keria
Kuih Keria, atau Doughnut Melayu, ialah kuih yang berbentuk bulat seperti doughnut biasa. Walaupun kuih keria harus digoreng untuk memasaknya, ia lebih berkhasiat daripada doughnut biasa kerana ia dibuat daripada keledek.
RESIPI UNTUK KUIH KERIA
Bahan-bahan untuk doh
RESIPI UNTUK KUIH KERIA
Bahan-bahan untuk doh
- 500G keledek, dikupas dan didihkan sampai lembut
- 1/2 cawan tepung all-purpose, ditapis
- 1 sudu teh baking powder
- Minyak secukup untuk masak
Bahan-bahan untuk salutan
- 1/2 cawan gula
- 4 sudu makan air
- Melecek keledek dan campurkannya dengam tepung dan baking powder. Jika doh itu berasa kering, masukkan 1-2 sudu makan air.
- Menguli dan menggiling doh itu hingga ketebalan doh itu 1 1/2 inchi. Taburkan tepung di meja dan meletakkan doh itu di situ. Memotong doh itu dalam bentuk bulat. Membuat sebuah lubang di tengah bentuk doh itu.
- Goreng doh itu hingga kekuningan emas. Hidangkan dengan salutannya.
- Untuk membuat salutan, campurkan gula dan air dalam kuali kecil hingga campuran itu seperti sirap. Masukkan kuih keria yang dimasak itu dalam kuali tersebut dan salut dengan salutan itu sampai salutan mula menjadi seperti kristal.
Epok Epok Kentang
Epok-epok ialah pastri yang diisi dengan kentang dan rempah kari yang digoreng. Ia selalu tersilap untuk karipap. Karipap ialah pastri yang dibakar dan pastrinya rangup, tidak seperti epok-epok. Epok-epok selalunya dimakan untuk sarapan atau snek sahaja.
RESIPI UNTUK EPOK-EPOK KENTANG
Bahan-bahan untuk doh
- 400G tepung biasa,ditapis
- 1/2 sudu teh garam
- 175G mentega
- 180ML air sejuk
Bahan-bahan untuk inti
- 200G fillet ayam, dipotong kecil-kecil
- 1 bawang, dipotong kecil-kecil
- 200G kentang, dipotong kecil-kecil
- 2 sudu makan serbuk kari daging, dicampur dengan air untuk membuat sebuah pes
- 1 kuntum daun kari (menggunakan daun sahaja)
- 2CM kayu manis
- 1 star anise
- 120ML air
Bahan-bahan untuk perasa
- Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
- 1/2 sudu teh stok ayam dalam bentuk granul
Cara membuat Epok-Epok Kentang
- Membuat inti epok epok dahulu. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang dan menggoreng sampai lembut. Masukkan daun kari, kayu manis dan star anise dan menggoreng untuk 1-2 minit. Masukkan kentang dan menggoreng untuk 2-3 minit
- Masukkan ayam dan menggoreng untuk 1-2 minit. Tuangkan air dan perasa dan terus memasak. Tutup kuali dan memasak sampai kentang berasa lembut dan isi berasa kering. Keluarkan campuran isi dalam mangkuk besar dan membiarkan inti itu sejuk.
- Masukkan tepung dan garam dalam bekas. Campurkan mentega dengan campuran tepung dan garam sampai campuran itu seperti breadcrumbs. Dengan mengguna jari, membuat lobang dalam campuran itu dan membuat sebuah lubang. Tuang air sejuk dalam lubang itu dan menguli. Keluarkan doh dalam bekas itu dan meletakkannya di meja yang disapu tepung. Menggiling doh sampai ketebalan doh itu 1/4CM.
- Memotong doh itu dalam bentuk bulat. Meletakkan sesudu isi epok epok dalam doh yang dipotong itu. Lipat doh epok epok dan cubit pinggir doh itu supaya isi tidak keluar epok epok itu apabila digoreng.
- Goreng epok epok itu hingga kekuningan emas. Keluarkan epok epok dari kuali dan hidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)