Wednesday, 3 August 2011

Kuih Bahulu




"Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil, dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak.Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai  'Crusty Muffin' oleh orang inggeris. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia."

Diambil dari:
Source

RESIPI UNTUK KUIH BAHULU

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk telur ayam
  • 1 mangkuk gula pasir
  • 1/2 kilogram tepung gandum
  • Sedikit minyak.

Cara menyediakan:
  •  Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
  •  Campurkan Ayak tepung dan baking powder ke dalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
  •  Isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat sebelum bakar bahulu . Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
  •  Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  •  Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Inilah untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
  •  Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven tapi jangan terlalu lama, agak-agak hangat.
  •  Bakar pada suhu bakar 200C sehingga bahulu kekuningan.
Resipi Original

Aisha G7

No comments:

Post a Comment