Sunday 31 July 2011

Kuih Lapis



Kuih Lapis ialah kuih yang dimasak lapisan demi lapisan. Kuih ini tidak seperti kek-kek dan kuih-kuih biasa kerana ia dikukus dan bukan dibakar. Kuih ini lembut dan boleh didapati dalam beberapa warna dan rasa.


RESIPI UNTUK KUIH LAPIS
Bahan-bahan A

  • 340G tepung beras
  • 225G tepung Sago
  • 1/4 sudu teh garam
  • 855ML susu kelapa
Bahan-bahan B
  • 425ML air
  • 450G gula
  • 8 daun pandan
  • Pewarna makanan merah
Cara membuat Kuih Lapis
  • Mencampur bahan-bahan A dalam bekas. Ketepikan untuk diguna nanti.
  • Mendidihkan bahan-bahan B hingga campuran itu seperti sirap.
  • Meninggalkan sirap itu untuk menebal dan menapis.
  • Menuang sirap itu dalam campuran tepung dan mengacau hingga sebati
  • Membahagikan campuran itu dalam dua bahagian dan mencampurkan pewarna makanan dalam satu bahagian.
  • Gris bekas segi empat.
  • Meletak bekas itu dalam pengukus dan menuang 140ML campuran yang tiada warna dalam bekas itu. 
  • Mengukus satu lapisan untuk 6-8 minit.
  • Mengikut cara-cara itu dengan campuran yang ada warna sampai campuran itu habis.

Kuih Keria

Kuih Keria, atau Doughnut Melayu, ialah kuih yang berbentuk bulat seperti doughnut biasa. Walaupun kuih keria harus digoreng untuk memasaknya, ia lebih berkhasiat daripada doughnut biasa kerana ia dibuat daripada keledek.


RESIPI UNTUK KUIH KERIA
Bahan-bahan untuk doh

  • 500G keledek, dikupas dan didihkan sampai lembut
  • 1/2 cawan tepung all-purpose, ditapis
  • 1 sudu teh baking powder
  • Minyak secukup untuk masak
Bahan-bahan untuk salutan
  • 1/2 cawan gula
  • 4 sudu makan air
Cara membuat Kuih Keria
  • Melecek keledek dan campurkannya dengam tepung dan baking powder. Jika doh itu berasa kering, masukkan 1-2 sudu makan air. 
  • Menguli dan menggiling doh itu hingga ketebalan doh itu 1 1/2 inchi. Taburkan tepung di meja dan meletakkan doh itu di situ. Memotong doh itu dalam bentuk bulat. Membuat sebuah lubang di tengah bentuk doh itu.
  • Goreng doh itu hingga kekuningan emas. Hidangkan dengan salutannya.
  • Untuk membuat salutan, campurkan gula dan air dalam kuali kecil hingga campuran itu seperti sirap. Masukkan kuih keria yang dimasak itu dalam kuali tersebut dan salut dengan salutan itu sampai salutan mula menjadi seperti kristal. 

Epok Epok Kentang




Epok-epok ialah pastri yang diisi dengan kentang dan rempah kari yang digoreng. Ia selalu tersilap untuk karipap. Karipap ialah pastri yang dibakar dan pastrinya rangup, tidak seperti epok-epok. Epok-epok selalunya dimakan untuk sarapan atau snek sahaja. 


RESIPI UNTUK EPOK-EPOK KENTANG
Bahan-bahan untuk doh
  • 400G tepung biasa,ditapis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 175G mentega
  • 180ML air sejuk
Bahan-bahan untuk inti
  • 200G fillet ayam, dipotong kecil-kecil
  • 1 bawang, dipotong kecil-kecil
  • 200G kentang, dipotong kecil-kecil
  • 2  sudu makan serbuk kari daging, dicampur dengan air untuk membuat sebuah pes
  • 1 kuntum daun kari (menggunakan daun sahaja)
  • 2CM kayu manis
  • 1 star anise
  • 120ML air 
Bahan-bahan untuk perasa
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
  • 1/2 sudu teh stok ayam dalam bentuk granul
Cara membuat Epok-Epok Kentang
  • Membuat inti epok epok dahulu. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang dan menggoreng sampai lembut. Masukkan daun kari, kayu manis dan star anise dan menggoreng untuk 1-2 minit. Masukkan kentang dan menggoreng untuk 2-3 minit
  • Masukkan ayam dan menggoreng untuk 1-2 minit. Tuangkan air dan perasa dan terus memasak. Tutup kuali dan memasak sampai kentang berasa lembut dan isi berasa kering. Keluarkan campuran isi dalam mangkuk besar dan membiarkan inti itu sejuk.
  • Masukkan tepung dan garam dalam bekas. Campurkan mentega dengan campuran tepung dan garam sampai campuran itu seperti breadcrumbs. Dengan mengguna jari, membuat lobang dalam campuran itu dan membuat sebuah lubang. Tuang air sejuk dalam lubang itu dan menguli. Keluarkan doh dalam bekas itu dan meletakkannya di meja yang disapu tepung. Menggiling doh sampai ketebalan doh itu 1/4CM. 
  • Memotong doh itu dalam bentuk bulat. Meletakkan sesudu isi epok epok dalam doh yang dipotong itu. Lipat doh epok epok dan cubit pinggir doh itu supaya isi tidak keluar epok epok itu apabila digoreng.
  • Goreng epok epok itu hingga kekuningan emas. Keluarkan epok epok dari kuali dan hidang.