Sunday 31 July 2011

Kuih Keria

Kuih Keria, atau Doughnut Melayu, ialah kuih yang berbentuk bulat seperti doughnut biasa. Walaupun kuih keria harus digoreng untuk memasaknya, ia lebih berkhasiat daripada doughnut biasa kerana ia dibuat daripada keledek.


RESIPI UNTUK KUIH KERIA
Bahan-bahan untuk doh

  • 500G keledek, dikupas dan didihkan sampai lembut
  • 1/2 cawan tepung all-purpose, ditapis
  • 1 sudu teh baking powder
  • Minyak secukup untuk masak
Bahan-bahan untuk salutan
  • 1/2 cawan gula
  • 4 sudu makan air
Cara membuat Kuih Keria
  • Melecek keledek dan campurkannya dengam tepung dan baking powder. Jika doh itu berasa kering, masukkan 1-2 sudu makan air. 
  • Menguli dan menggiling doh itu hingga ketebalan doh itu 1 1/2 inchi. Taburkan tepung di meja dan meletakkan doh itu di situ. Memotong doh itu dalam bentuk bulat. Membuat sebuah lubang di tengah bentuk doh itu.
  • Goreng doh itu hingga kekuningan emas. Hidangkan dengan salutannya.
  • Untuk membuat salutan, campurkan gula dan air dalam kuali kecil hingga campuran itu seperti sirap. Masukkan kuih keria yang dimasak itu dalam kuali tersebut dan salut dengan salutan itu sampai salutan mula menjadi seperti kristal. 

No comments:

Post a Comment