Sunday 31 July 2011

Epok Epok Kentang




Epok-epok ialah pastri yang diisi dengan kentang dan rempah kari yang digoreng. Ia selalu tersilap untuk karipap. Karipap ialah pastri yang dibakar dan pastrinya rangup, tidak seperti epok-epok. Epok-epok selalunya dimakan untuk sarapan atau snek sahaja. 


RESIPI UNTUK EPOK-EPOK KENTANG
Bahan-bahan untuk doh
  • 400G tepung biasa,ditapis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 175G mentega
  • 180ML air sejuk
Bahan-bahan untuk inti
  • 200G fillet ayam, dipotong kecil-kecil
  • 1 bawang, dipotong kecil-kecil
  • 200G kentang, dipotong kecil-kecil
  • 2  sudu makan serbuk kari daging, dicampur dengan air untuk membuat sebuah pes
  • 1 kuntum daun kari (menggunakan daun sahaja)
  • 2CM kayu manis
  • 1 star anise
  • 120ML air 
Bahan-bahan untuk perasa
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
  • 1/2 sudu teh stok ayam dalam bentuk granul
Cara membuat Epok-Epok Kentang
  • Membuat inti epok epok dahulu. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang dan menggoreng sampai lembut. Masukkan daun kari, kayu manis dan star anise dan menggoreng untuk 1-2 minit. Masukkan kentang dan menggoreng untuk 2-3 minit
  • Masukkan ayam dan menggoreng untuk 1-2 minit. Tuangkan air dan perasa dan terus memasak. Tutup kuali dan memasak sampai kentang berasa lembut dan isi berasa kering. Keluarkan campuran isi dalam mangkuk besar dan membiarkan inti itu sejuk.
  • Masukkan tepung dan garam dalam bekas. Campurkan mentega dengan campuran tepung dan garam sampai campuran itu seperti breadcrumbs. Dengan mengguna jari, membuat lobang dalam campuran itu dan membuat sebuah lubang. Tuang air sejuk dalam lubang itu dan menguli. Keluarkan doh dalam bekas itu dan meletakkannya di meja yang disapu tepung. Menggiling doh sampai ketebalan doh itu 1/4CM. 
  • Memotong doh itu dalam bentuk bulat. Meletakkan sesudu isi epok epok dalam doh yang dipotong itu. Lipat doh epok epok dan cubit pinggir doh itu supaya isi tidak keluar epok epok itu apabila digoreng.
  • Goreng epok epok itu hingga kekuningan emas. Keluarkan epok epok dari kuali dan hidang. 

No comments:

Post a Comment